Setiap kali cuti hujung minggu,aku jarang sekali gi mana2. Aku lebih suka habiskan masa cuti kat rumah je. Dapat tengok rancangan melodi ngan kawan2, dapat masak dan kemas umah sama2. Semalam kawan baik aku, yon dan adha datang rumah. Lepak sama-sama sambil tengok tv lepas tu kitorang masak sama-sama. Masa tengah seronok masak,tiba2 gas abis..haiyakkk potong stim betul la.. time semangat nak membara ni la gas leh abis..huh!! Nasib naik la ada askar2 dalam rumah ni bertindak dengan cepat. Dorang pergi kedai order kt kedai cina sebab kitorang tak der no fon kedai cina tu.. Kalau tak leh la apek tu hantarkan. Lepas keadaan dah kembali normal, apa lagi aku, adha & yon sambung balik la masak.. Boleh tahan gak la lapar time tu. Bayangkan la pukul 4:00 petang sebijik nasi pun tak masuk lagi dalam perut ni.. Mengelupur aku lapar. Makin menjadi2 plak perut aku ni bila tengok ada sambal mangga, Ikan masin & makanan kegemaran aku 'udang sambal petai'. Aku dah rasa nak pengsan dah menahan lapar ni. hehehehe
Akhirnye masa yang ditunggu-tunggu dah tiba.. Time nak hidang pulak..Aku tak abis2 jeling sambal belacan yang adha buat. <sambil telan air liur>.
Bila semua dah dihidang, masih tak leh makan lagi <masam> sebab kena tunggu Senior Chef mandi sebab kepanasan duk dapur seharian. Tapi aku tunggu dengan penuh kesabaran walaupun dah beratus kali dah aku telan air liur ni.. Jeng..jeng..jeng...
Lepas Yon bacakan doa, aku tanpa control cun, terus je amik lauk sebanyak yang boleh..Hehehehe yum yum.... Lepas sorang-sorang tinggalkan tempat makan, cuma aku je masih duduk depan lauk2 tu.. Sampaikan Angah pandang aku semacam je.. Cepat-cepat aku buat muka kesian sambil cakap ''ami laparrrrr''.... hehehehehe terus dia senyum kat aku. Aku tahu dia kenal sangat perangai aku yang kuat makan ni. Lepas abis makan aku, angah, boy, dilla, yon dan adha lepak la depan tv tengok rancang TV3 'Jurnal Mentor 5'.
Time tu aku baru teringat nak beli Saidinna. Boring-boring boleh la main. Tak der la rasa boring sangat. Apa lagi, aku pujuk la angah belikan Saidinna, angah geleng je kepala...
aku terus buat muka yang memilukan. Nasib baik la ada teman cium molot dia,boy yang pujukkan..akhirnye aku dapat...hehehe thanks boy.. i know u can do it....yahooo!!!
aku dengan penuh semangat, mandi dan turun ngan angah pergi beli Saidinna. Time tu aku beli kat 'MyMaidin'. Harga Saidinna tu leh tahan mahal gak. Dalam RM 40.00... Mahal pun mahal la janji aku dapat apa yang aku nak Lagipun aku beli tu sebab tak nak kawan-kawan aku boring. So, ada la sikit aktiviti kitorang nak buat. Dari kecil lagi aku suka main Saidinna. Sebab main Saidinna ni perlukan banyak strategi. At least, hujung minggu aku pun terisi dengar permainan-permainan yang mencabar. Otak aku pun ligat je bergerak. :) tapi yang teruknye, games tu betul-betul buat aku STRESSSSS..hahahaha asyik berhutang je aku ni. Paling banyak aku hutang sampai 30,000.... aggghhhh... setiap kali ada orang lalu kat tapak aku, aku kena tolak hutang.... sampai bila la aku nak kaya ni. Dapat duit je kena bayar hutang. Nasib baik la tu hanya games. Kalau betul-betul memang jadi giler la hutang banyak-banyak. Tak mo aku. Tapi kalau main games tu aku paling takut nak hutang dengan bank. Takut nama black list..hahahhahaha macam main betul-betul pulak. Angah pulak pegang jawatan sebagai 'pengurus bank'..heheheh lucu betul dia tu. Nakbuat loan ngan bank pun tak kasi.. Kedekut betul.. Dengan muka-muka sekali dia buat. heheheheh.. Semalam pukul 4am baru tido.ish ish...Aku nak ucapkan tahniah la kat Adha & yon, kerana kekalkan kejuaraan dorang sebanyak 2 kali berturut2. <sambil tepuk tangan>
Kepada sahabat-sahabat ku, terima kasih banyak-banyak kerana sudi habiskan masa bersama. Jangan lupa aktiviti kita seterusnya hujung minggu ni ok.
Kalau nak tahu apa aktiviti kitorang hujung minggu ni..kena la TUNGGU!!!!. Yang pastinya lebih menarik dari aktiviti semalam. ;)
LOVE U ALL!!!!!