Hajah Khasimah & Haji Abdul Gani
Ni mak dan abah aku. Mak yang penyayang dan abah yang cukup memahami... Tanpa dorang siapa la aku ni kan. Kadang2 kedegilan aku ni banyak buat dorang susah hati.. tapi aku nak dorang tahu bahawa kedegilan aku bersebab... Apa pun aku buat, aku tak pernah lupakan dorang.. Aku tak kan buat dorang kecewa lagi.. Tapi aku dapat rasa bila dah meningkat dewasa ni, hati aku mudah sensitif bila teringatkan dorang. Hati ni rasa nak balik je jumpa dorang tapi keadaan tak mengizinkan. Bila teringat je mesti mata aku ni dah berkaca-kaca... Kalau boleh aku tak nak kehilangan dorang walupun suatu hari nanti aku tahu dorang akan tinggalkan aku. Aku belum sedia lagi untuk semua tu. Setiap kali solat, aku selalu doakan semoga tuhan panjangkan umur dorang. Sekali lagi ku mohon Ya Allah, Kau Panjangkanlah Umur Mak Dan Abah.. amin......
Sayang Abah |
My Hero |
Abdul Gani Abdullah, lahir pada 12 ogos 1944. seorang lelaki yang cukup peramah, berfikiran terbuka dan seorang yang hebat. Bekerja keras untuk aku dan adik beradik yang lain... Kasih sayang yang abah bagi akan aku ingat sampai bila2 dan akan sentiasa pegang semua nasihat abah.. Dulu masa kecik2 aku pernah kena rotan ngan abah sebab aku melawan cakap mak dan ponteng sekolah... Masa kena pukul tu berbulan2 aku tak bercakap ngan abah. Merajuk!!!! Lama kelamaan bila aku fikir balik, kenapa abah pukul aku? Baru la aku tahu, abah buat semua tu sebab nak aku jadi manusia yang berguna... Thanks abah
Sayang Mak |
My Sayang |
Khasimah Haji Idris, lahir 30 mei 1957. Seorang yang berhati halus dan mudah menangis. Pandai memasak dan seorang yang penyayang. Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu. Aku selalu je demam. Bila malam je badan aku mesti panas, mak akan bangun dari tido dan letakkan air kangkung kat atas kepala dan seluruh badan aku.. Malam tu mak tak dapat tido lena sebab jaga aku. Baru aku tahu, itu la kasih dan pengorbanan seorang ibu.
Ramai yang cakap muka aku ngan mak seiras...mesti masa zaman mak muda lawa cam aku kan?? heheheh mesti la, kalau tak abah tak kan nak ngorat mak plak.. kalau nak tengok muka aku nanti tua, tengok la muka mak aku sekarang. apa2 pun mak maintain lawa tau. Memang best mewarisi muka mak aku tapi yang tak bestnya bila kitorang ni selalu gaduh bila jumpa.. ada je benda yang buat kitorang gaduh (gaduh2 manja je). Tapi kalau berjauhan, rindu nak gila.. bila rindu, telefon la yang aku cari.. kadang2 sembang sampai berjam2. Sampai habis kredit.. tapi tak pe la, duit boleh cari tapi mak dan abah hanya satu2 nya dalam dunia ni...tak der penganti.
No comments:
Post a Comment