Tuesday, October 12, 2010

PART 1 (diriku)

assalamualaikum

Dalam blog ni banyak story yang aku nak share ngan u all semua.. semuanya mengenai diri aku, keluarga, kawan-kawan dan impian aku. Semuanya ada kaitan dengan nadra. Sebenarnya aku bukan la penulis yang hebat tapi aku akan cuba yang terbaik. Dengan adanya blog ni, u all semua dapat mengenali aku dengan lebih dekat lagi..


Nama penuh aku ialah NADRATUL NADIAH BINTI ABDUL GHANI. Aku dilahirkan di HOSPITAL BESAR MACHANG, KELANTAN pada 05 DISEMBER 1986 (JUMAAT). Aku anak ke 6 dari 7 adik beradik. Hobi aku suka  menyanyi (walaupun suara tak der la best sgt). Aku rasa bila menyanyi ni aku dapat lepaskan semuanya bebanan yang ada dalam otak ni, dapat luahan perasaan melalui lagu. Pendek kata aku dan lagu memang tak leh dipisahkan... :)
u all nak tahu tak apa cita-cita aku masa kecik2 dulu?? jeng..jeng..jeng.. Masa  aku sekolah rendah, ada seorang cikgu ni tanya semua murid-murid dalam kelas, apa cita2 kamu semua?... Setiap pelajar kena bangun dan bagitau cita-cita dorang, ada yang cakap nak jadi polis la, ada yang cakap nak jadi cikgu dan macam-macam lagi... Sampai la giliran aku, dengan senyum ala2 kambing sikit, aku bagitau aku ada 2 cita-cita. Cita-cita pertama nak jadi pramugari yang cantik dan penyanyi yang popular.hehehehe semua orang dalam kelas tu senyap. aku pun senyap je la.. Cikgu tanya, kenapa awak pilih cita-cita tu? dengan selambanya aku jawab ''saya nak jadi pramugari sebab saya dapat terbang di awan biru dan nak jadi penyanyi sebab saya dapat hiburkan semua orang''. Cikgu cakap bagus..heheheh tak sangka dapat pujian,. tapi bila dah besar ni, aku tahu cita-cita tu tak kan jadi kenyataan. Kalau nak jadi pramugari, dari segi ketinggian memang aku layak.. cuma 1 benda ni yang buat aku tak layak. Mata aku rabun. So,harapan nak jadi pramugari memang tipis.. :(
Penyanyi???hm...rasanya better jadi orang biasa je la... Aku lebih selesa dengan kehidupan sekarang..

No comments:

Post a Comment