Wednesday, October 27, 2010

Watak & Keperibadian

Aku ada baca buku tentang Watak Dan Keperibadian menurut Tarikh, hari dan bulan kelahiran. Aku mulakan dengan Tarikh kelahiran aku dulu.. Aku lahir pada tanggal 5 haribulan

 Pada buku ni menyatakan , seseorang yang lahir pada tanggal lima haribulan ialah: 
  1. Mudah menerima pengaruh luar.
  2. Bercita-cita tinggi
  3. Boleh menjadi rakan berbincang yang baik.
  4. Memiliki pemikiran yang cerdas
  5. aktif
  6. Suka memperadukkan pelbagai rencah dalam perbualan (tak paham sangat yang ni)
  7. Menyintai kehidupan 
  8. Seorang yang bertenaga
  9. Seorang teman yang luar biasa 
  10. suka dengan hal2 yang bergerak cepat/dinamis
  11. Hidup dipenuhi dengan pengalaman2 baru dan perubahan terus menerus
  12. walaupun merupakan jenis yang menolak ''terikat'' (terkongkong) dengan apa jua hal dan keadaan apapun, namun aku adalah sejenis orang yang patuh kepada peraturan yang aku telah persetujui bersama-sama dengan seseorang.
  13. memiliki suara merdu (hahahah ni tak betul.
Mengikut tarikh lahir pula aku lahir pada hari Jumaat
  1. disukai orang ramai
  2. kuat mental
  3. Suka menolong
  4. Suka memberi nasihat yang baik
  5. Suka mempelajari ilmu pengatahuan.
Mengikut bulan kelahiran, aku lahir pada bulan Disember...
  1. Mudah menaruh rasa percaya kepada pada orang lain
  2. Kalau mengerjakan sesuatu suka tergesa-gesa.
  3. Tidak sabar
  4. Tidak mahu mengalah dah selalu ingin memang sendiri
  5. mudah terpengaruh
  6. jujur dan baik hati
  7. Pemboros dan suka memaksakan kehendak


    JENG JENG JENG... Tak semua watak dan perwatakkan kat atas tu ada pada aku.. Ada jugak yang tak sama.. Tapi cukup la aku katakan., aku masih belum kenal diri aku yang sebenarnya. Kadang2 orang yang selalu bersama aku yang dapat menilai macamana sikap aku. Baik dan buruk aku tu ada lah aku. Dan aku tak akan sesekali jadi orang lain. Yang mana buruk pada aku,aku cuba jauhkan dan yang mana baik aku cuba dekatkn.. Semoga aku menjadi orang yang berguna.. Amin..



    No comments:

    Post a Comment