Welcome 2011.Cepat betul masa berlalu. Dan terasa diri ni makin cepat meningkat dewasa. Kalau nak imbas kembali tahun 2010,banyak sangat kegembiraan n kesedihan yang aku lalui...Dan aku teramat bersyukur kerana aku dapat laluinye dengan penuh matang. Azam??Bila tahun baru menjelma,ramai yang bertanya,apa azam tahun baru?azam tahun lepas dah tercapai ke?hehehe. u all nak tahu ke apa azam tahun baru aku?hm,tak payah tahu la..malu!!!! tapi apa2 pun aku tak nak ada rahsia antara kita (chewah) so,aku akan kongsikan. Pertama, aku nak dapat pekerjaan yang lebih bagus dari tahun 2010. Kedua,nak kumpul harta banyak2...kalau boleh sebanyak yang mungkin. Ketiga,nak pastikan hubungan aku dengan dia bertambah baik dan dapat membahagiakan dia sebaik yang boleh.. Itu saje..aku harap azam aku tahun ni berjalan dengan lancar. Dan untuk pengatahuan u all,azam tahun 2010 dah pun tercapai. Alhamdulillah....
Friday, December 31, 2010
Tuesday, November 30, 2010
Iskandar Haris Bin Zulkifli Idham
1 December 2010. Tepat jam 9:33am, aku terima sms dari abg ipar aku (Zulkifli Idham) mengatakan bahawa kakak aku (Zainimah Abdul gani) baru saje selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada puku 9:20am.. Aku terlalu teruja. esok aku akan masukkan gambar terbaru anak buah aku.
Dengan kehadiran Haris, aku dah ada 9 orang anak sedara. Yahoo!!!Umur aku pun dah makin meningkat. Tapi tak pe, seronok ada anak buah ramai2 ni. Boleh la mak teh menumpang kasih ye anak2 ku..
Haris with Mak Long Nita |
Sunday, November 7, 2010
Amir Asyraf Bin Nor Asri
Ni anak kedua kak ngah aku. Amir ni lelaki tunggul. Dulu masa kecik2 nakal tahap dewa.. abis semua benda dia pecah dan rosakkan. Bila jumpa dia je mesti kena cubit ngan aku.. GERAM!!!! aku tak tahu la kenapa ada anak buah yang nakal gini.. Dulu aku pernah kurung dia dalam bilik aku.. Geram sgt time tu sebab dia nak sepak aku Seingat aku, aku marah dia sebab dia main lompat2 ats kerosi...Kalau lompat secara senyap tak pe..ni tak, lompat sambil menjerit-jerit.. Memang panas je hati aku..
Bila dia dah besar ni aku tengok makin hensem pulak anak buah aku ni. Dulu langsung tak hensem.. Muka macam anak cina.. Bila dah besar ni dah pandai bergaya..heheheheh.. Tapi yang tak tahannya,bila besar ni makin pemalu plak aku tengok..Adushhhhh!!! lagi dia malu lagi la aku kacau.Hehe bila kena kacau je tersimpul2 senyum.aduyai anak buah aku sorang ni.Pemalu sgt la..Lemah je semangat aku tengok dia..Berbeza dari yang dulu.Hm,tak pe la..pemalu pun sebenarnya bagus jugak.Aku kalau pilih lelaki pun nak yang pemalu..tapi jangan over malu dah la..Yang terbaru aku tahu pasal dia,dia dah ada awek. Nama awek dia aku dah lupa..Aku tahu ni pun dari Facebook dia...hehehe apa pun makteh doakan semoga amir menjadi manusia yang berguna.Love u....
Usha awek ke?? |
Peh..patut la dah ada awek |
Bergaya |
Wednesday, November 3, 2010
HAPPY BIRTHDAY HAIKAL
Untuk Mu |
Happy Birthday Iskandar Haikal |
Saya la besday Boy |
Wednesday, October 27, 2010
Watak & Keperibadian
Aku ada baca buku tentang Watak Dan Keperibadian menurut Tarikh, hari dan bulan kelahiran. Aku mulakan dengan Tarikh kelahiran aku dulu.. Aku lahir pada tanggal 5 haribulan
Pada buku ni menyatakan , seseorang yang lahir pada tanggal lima haribulan ialah:
- Mudah menerima pengaruh luar.
- Bercita-cita tinggi
- Boleh menjadi rakan berbincang yang baik.
- Memiliki pemikiran yang cerdas
- aktif
- Suka memperadukkan pelbagai rencah dalam perbualan (tak paham sangat yang ni)
- Menyintai kehidupan
- Seorang yang bertenaga
- Seorang teman yang luar biasa
- suka dengan hal2 yang bergerak cepat/dinamis
- Hidup dipenuhi dengan pengalaman2 baru dan perubahan terus menerus
- walaupun merupakan jenis yang menolak ''terikat'' (terkongkong) dengan apa jua hal dan keadaan apapun, namun aku adalah sejenis orang yang patuh kepada peraturan yang aku telah persetujui bersama-sama dengan seseorang.
- memiliki suara merdu (hahahah ni tak betul.
- disukai orang ramai
- kuat mental
- Suka menolong
- Suka memberi nasihat yang baik
- Suka mempelajari ilmu pengatahuan.
- Mudah menaruh rasa percaya kepada pada orang lain
- Kalau mengerjakan sesuatu suka tergesa-gesa.
- Tidak sabar
- Tidak mahu mengalah dah selalu ingin memang sendiri
- mudah terpengaruh
- jujur dan baik hati
- Pemboros dan suka memaksakan kehendak
JENG JENG JENG... Tak semua watak dan perwatakkan kat atas tu ada pada aku.. Ada jugak yang tak sama.. Tapi cukup la aku katakan., aku masih belum kenal diri aku yang sebenarnya. Kadang2 orang yang selalu bersama aku yang dapat menilai macamana sikap aku. Baik dan buruk aku tu ada lah aku. Dan aku tak akan sesekali jadi orang lain. Yang mana buruk pada aku,aku cuba jauhkan dan yang mana baik aku cuba dekatkn.. Semoga aku menjadi orang yang berguna.. Amin..
Abang2 Ipar ku yang kacak
MEREKA LA TEMAN HIDUP KAKAK2 KU
SAIFUL ZAMAN
Saiful Zaman |
Saiful Zaman & Masniza Abdul Gani |
Saiful's Family |
Ni suami kepada kakak aku yang no 3 (Masniza Abdul Gani).. Namanya Saiful zaman Yusuf. Hensem tak? Umur dia..hm.... tu aku tak sempat nak tanya la.. Tapi dia ni jenis yang suka buat lawak tau.. Kadang2 je serius.Bila serius tu tak berani la aku nak tegur.. so, kalau aku nampak muka dioa masam je,aku cepat2 duk jauh2...hahahahahaha
ZULKIFLI IDHAM
Zulkifli Idham |
Zukifli Idham & Zainimah |
Zukifli's Family |
Wah.. yang ni jejaka idaman malaya..Nama penuh Zulkifli Idham Bin Yusof. Sekali tengok gambar ni sebijik macam Farid Kamil. Dua kali tengok dah tak sama dah.. hehehehe. Ni baru tengok orangnya.. Tak tengok lagi Kereta. Peh!!!! makin ramai la perempuan nak dekat..Korang nak tengok kereta dia tak?? kat bawah tu aku ada masukkan gambar kereta dia... Smart gilerrrrr..Abg ipar aku sorang ni spoting giler dan baik orangnya...Tapi bab nak kenakan aku,dia la paling cepat.. Jem otak aku kalau tengok dia komen gambar2 aku dalam Facebook..hehehhehhehe bukan je jem...otak aku boleh terhenti seketika...hahahahaha.. tu la penangan abg ipar aku ni.. Dulu tak biasa...tapi sekarang dah tak kisah.. Kalau boleh kenakan aku lebih2 skit.
Kereta Kesayangan Abg Zul |
SUFIAN
Sufian Mat Derus |
Sufian & Eryannie Abdul Gani |
Ni suami kepada Eryannie Abdul Gani..Seorang yang cukup spoting. Kuat makan...Aku kalau tengok dia makan, aku lak yang rasa kenyang.. Dia boleh makan macam2 sekali gus..Hebat betul pilihan hati kak yan ni..hehehe.. Seorang yang ringan tulang. Kalau kak yan tak sihat, dia la menguruskan Aiyrees.Pendek kata abg pyan ni boleh tergolong dalam suami2 yang bagus la...
:- Sebenarnya abg ipar aku ada 5 orang.. cuma aku dapat cerita yang 3 orang jejaka hensem ni je dulu.. sebab yang dua orang lagi tak dapat banyak maklumat...Itu saje tentang abg2 ipar aku... Apa yang aku tulis ni la yang aku tahu pasal dorang.. Abang2 ipar aku ni pemalu sikit orangnya..so, segan plak aku nak interview lebih2...Nanti kalau aku dah tahu banyak psl dorang,aku akan smbung balik bab ni...
p/s: Kepada abg pul, abg zul dan abg pyan, jangan tarik nafas lega sebab ada lagi yang aiya nak masukkan dalam blog ni..Termasuk la gambar terbaru.. TUNGGU!!!!!
Tuesday, October 26, 2010
Bertudung
Dulu masa umur aku 6 tahun,aku selalu tengok mak dan kakak2 aku pakia tudung bila kami semua nak keluar jalan2.. Terdetik la kat hati aku ni bertudung.. Masa mak aku tengah kemas2 bilik, aku datang kat mak n cakap ''mak,aiya rasa aiya nak pakai tudung la''. mak hanya senyum je.. Lepas tu mak bagi 1 tudung warna kuning kat aku....Bukan main seronok lagi..Cepat2 aku try... hm, dalam hati aku cakap,ayunya aku pakai tudung...Seronok la sebab aku dapat pakai tudung.. Tapi bila time keluar je mak tak kasi pakai sebab aku masih kecil lagi..lagi pun tak cantik sgt pun aku bertudung. mungkin tak sesuai ngan aku yang masih budak2 kot. Tapi niat tu dah ada... Masuk je darjah 3, aku dah start pakai tudung...Aku terasa macam aku ni dah cukup cantik dan sopan..Masuk je sekolah menengah, aku terlalu aktif dengan sukan.. Sampai kadang2 cikgu aku minta aku buka tudung... Aku tahu ni mungkin untuk keselasaan aku.. So,aku buka la..Makin lama aku rasa aku selesa bila tak pakai tudung bila bersukan... Time bersukan je la... Time lain aku pakai tudung...
Bila dah masuk alam kolej, aku jarang2 pakai tudung..Time gi kelas je pakai... Bukan sengaja tunjuk aurat tapi mungkin aku rasa aku tak perlu nak iron tudung. tak perlu susah2 nak padankan baju ngan tudung..
nampak matang dari umur kan? |
Tahun 2007 aku pernah jadi model bertudung tau.... Gambar2 tu banyak dalam pendrive aku yang dah hilang..cuma sekeping dua je la ada.. yang ada ni aku paparkan....Nanti korang bandingkan la mana cantik aku bertudung or tak... Tapi aku dah nekad,Sebelum umur aku 30 tahun, aku nak pastikan diri aku betul2 dah bersedia nak bertudung... Aku rasa sikit pun tak menjadi masalah untuk aku bertudung sebab bagi aku,bertudung lagi kemas...aku tak payah nak pikir apa2 pasal rambut aku...
Aku harap aku dapat penuhi hajat aku nak bertudung.
Model Tudung 2007 |
Monday, October 18, 2010
NADRA NADIA VS MAYA KARIN
Nama penuh Maya Karin Roelcke. Lahir pada 29 Oktober 1979. aku minat sangat ngan dia. Seingat aku masa sekolah menengah lagi.. cara dia bercakap, cara dia senyum dan cara fesyen dia pun aku suka.. dia memang cantik. Sedap mata memandang. Pendek kata dia memang nampak sempurna..
Bila aku dah meningkat dewasa ni, ramai yang cakap aku iras2 dia.. Tapi mana boleh aku lawan dia punya kecantikkan. Mungkin ada sikit2 je nak sama...
Maya Karin Nadra |
memang berbeza... Langsung tak der iras.. apa pun aku akan tetap minat dia...
Friday, October 15, 2010
Karaoke
Ha!!! bab ni aku suka nak cerita.. hobi aku menyanyi, setiap hujung minggu aku akan datang berkaraoke.. tak kisah la kat mana pun. sanggup keluarkan duit untuk hobi aku ni. Menbazir?? sikit pun tak. Dengan menyanyi aku dapat lupakan semua masalah aku. Seketika je la.. Tak leh lupakan terus sebab masalah la yang buat aku makin matang untuk menanginya. Berbalik pada karaoke, aku selalunya pergi karaoke kat Sri petaling. Semua pekerja kat situ pun kenal dan ingat nama aku.. Aku selalu booking dulu sebelum pergi sebab aku tak suka menunggu lama. Aku tak pernah la gi karaoke sorang2. selalunya aku ajak kawan2 sekali. Baru la best.. Time ni la nak lawan suara siapa lagi hebat. =P tapi kebanyakkan kawan2 aku semua datang sebab nak melantak.. bukan nak menyanyi sangat pun..
karaoke kat cameron highland |
Thursday, October 14, 2010
Genting Highland
Wow!!! Aku paling suka datang sini. Sejuk,nyaman dan aku dapat relexkan otak aku dengan masalah keje.. 1st time aku datang sini masa umur aku 20 tahun. Kak yan yang bawa aku. Kitorang tak tido sini. Pergi pagi, petang dah balik KL. Walaupun kejap, tapi tetap seronok. Rasa macam nak datang lagi.
Setiap tahun aku datang sini. dekat dengan KL dah senang aku datang. Aku tak tahu kenapa aku seronok sangat bila sampai kat puncak Genting ni. Aku dapat rest puas2 tanpa ada gangguan. Tempat ni paling sesuai untuk aku. Kat sini aku dapat tengok gelagat pelancong2. Macam2 adaaaaa.hehehehe
Paling best, aku dapat konvokesyen kat sini. So, semua adik beradik aku dapat datang. Kitorang bermalam kat sini. Dapat bergambar sama2. Itu la kenangan terindah yang tak mungkin aku lupakan.
First World Hotel |
Hotel ni menjadi pilihan aku setiap kali datang sini. Selese dan murah.Dapat menikmati permandangan.Best dan nyaman. Lagipun kat hotel ni macam2 ada. dekat dengan tempat permainan dan tempat makan.. Selalunya Kalau datang sini aku suka makan Kelly Rogers. Sebab kalau nak makan nasi rasanya mahal sangat. So,better cari makanan macam tu, berbaloi dengan harga.
Kenangan Bercuti Di Genting Highland |
Bali
Bali..... Sebut je Bali aku dapat bayangkan macamana suasana kat sana. Air laut yang biru kebiruan. dapat berjemur dibawah cahaya matahari.. adushhh bestnyaaa. Alangkah bahagianya hidup aku dapat bercuti kat sana.. Dapat pergi shopping dan rehat puas2. Nak gi spa, nak bergambar dan paling penting aku akan catatkan setiap kenangan kat sana...
Orang kata Bali Indonesia ni sesuai untuk orang yang nak pergi honeymoon. Hm, kalau macam aku yang tak der Teman ni tak boleh la pergi ek. tapi aku tetap nak pergi jugak. Mulai sekarang aku nak kumpul duit
banyak2. biar aku gi honeymoon sorang2..
Toyota Caldina
Pehhhh yang ni memang aku tak mungkin dapat. Mahal tu!!! tapi aku betul2 dah jatuh cinta dengan kereta ni. Nampak mewah dan smart. Setiap kali aku nak gi keje mesti aku akan jumpa ngan kereta ni. Aku rasa macam kereta ni melambai2 je kat aku. Hehehehe.. tu angau namanya…
iPhone
iPhone 4.. fuh!! Bila la agaknya aku dapat pakai ye. Mahal, canggih dan aku boleh simpan macam2 dalam tu. Agaknya layak ke aku nak pakai hp macam 2? Kalau aku simpan duit sekali pun aku rasa tak kan terbeli punya. Bila duit dah cukup, ada je yang kena bayar.
Aku suka hp ni sebab besar, nipis dan cantik. Apa pun terjadi, aku akan cuba jugak untuk dapatkannya. Orang cakap hp yang canggih ni kalau rosak, ‘sakit’ jugak nak baikinya.. huh!!! Kenapa la aku boleh jatuh cinta ngan hp mahal2 ni. Tapi kalau suatu hari nanti aku dapat, aku akan pastikan hp ni akan dijaga dengan baik. Giler tak syg kalau dapat benda yang dah lama ku nak.
Wahai iPhone, cepat la datang padaku. Aku sentiasa menunggumu.hehehehe. Tapi tak pe la…kalau aku tak dapat pun tak pe. Aku tetap bersyukur dengan apa yang ada. :)
Tuesday, October 12, 2010
part 4 Cinta (Mohd Iqbal Ezani)
heheheh bab ni aku segan la sikit nak citer. bab hati & perasaan ni susah sikit nak kongsi. tapi disebabkan tajuk blog aku ni SEGALANYA DISINI. so,aku kena la cerita.
1st aku bercinta masa aku darjah 4 (10 tahun) hahahahah.. cita monyet la katakan.. seronok jugak kalau ingat balik. rasa macam bodo2 je time tu. Aku ingat lagi nama lelaki tu...Mohd Iqbal Ezani. umah dia depan je umah aku.. petang2 lepas balik dari sekolah kitorang akan pusing2 satu taman naik basikal.. dia baik dan yang penting dia hensem. :)
Aku ada kenangan ngan dia tau. Sampai aku besar pun aku masih boleh ingat lagi. Gini ceritanya, dulu masa aku kecik2 aku suka panjat pokok ngan dia tau.. makan buah ceri lepas tu lawan ngan dia siapa paling banyak kumpul buah jambu.. hehehehe... ada satu hari tu masa tengah panjat pokok, tangan aku pegang ranting yang dah nak patah. apalagi, aku terus jatuh. masa aku jatuh tu tiba2 aku nak pitam. Dia cepat2 turun dari pokok n angkat aku letak atas basikal aku. Dia bawa basikal tu selaju yang boleh. Sampai je kat umah, aku buat muka relex je sebab tak nak mak aku tahu. Nanti mak mesti bising & tak bagi aku panjat pokok lagi. lepas sembahyang maghrib, dia datang umah aku. dia tanya pasal kesihatan aku.. aku cakap ok je. Dia kata lepas ni kita jangan main panjat2 lagi ek nanti awak jatuh lagi. aku cakap la aku jatuh sebab aku tak hati2. lepas ni gerenti aku tak kan jatuh lagi. dia kata dia sayang aku. dia tak nak tengok aku nangis lagi.. masa tu aku rasa macam best je ada orang sayang aku. tapi aku ni jenis mengada2 sikit.. lagi orang larang lagi la aku nak buat...
Aku satu sekolah ngan dia. cuma kelas je berbeza. kelas dia depan kelas aku. selalu la jugak jumpa kat sekolah tapi kat sekolah kitorang tak rapata sgt.. kat umah je la rapat. masa aku tunggu cikgu masuk kelas, ada seorang kawan sekelas dia datang kelas aku. dia tanya betul ke nama aku Nadratul Nadia. aku cakap la ye, dia suruh aku ikut dia gi kelas dia jap. aku ikut je la.. aku nampak si Iqbal ni tulis kat papan hitam 'aku sayang Nadratul Nadia'. malunya aku time tu...aku terus lari masuk kelas. Makin lama kitorang makin rapat. :D
Beberapa bulan lepas tu, dia dah jarang keluar bermain ngan aku sebab dia dah ada kawan baru. Aku naik basikal sorang2. Panjat pokok sorang2...sedeynyaaa.. masa tengah ronda2, aku nampak dia ngan budak pompuan tu. aku sedih sgt2. sebab perempuan tu dia tak nak kawan ngan aku.. aku balik umah terus masuk dalam bilik. menangis sepuas hati aku.. bila mak tanya kenapa...aku cakap aku jatuh basikal.. mak tanya mana lukanya.. aku cakap tak der luka.. semua tu nak cover je.. tak nak mak tahu aku tengah frust.
Masa aku gi sekolah, aku buat tak tahu je ngan dia...malas nak layan. tengok muka dia pun aku tak nak..ada sorang kawan aku datang kat kelas aku, dia bagitau yang dia nak berpindah kat Johor. aku cakap biarkan la. aku bukan kawan dia pun. sikit pun aku tak kisah time tu.. masa tengah makan kat kantin aku nampak mama & papa dia ada kat sekolah. aku tahu dia akan tinggalkan aku, tapi time tu aku buat bodo je... aku nampak dia naik kereta dan keluar dari sekolah tu. :( aku terus basuh tangan dan lari masuk toilet. aku nangis.....
Balik dari sekolah, aku tengok umah dia dah kosong. :( , sampai sekarang aku tak pernah jumpa dia. entah2 dah kawin. apa2 pun aku sentiasa doakan dia berjaya dalam hidup
- nanti aku akan masukkan gambar tempat aku jatuh pokok tu. Harap2 masih ada lagi pokok tu..
part 3 ( mak dan abah)
Hajah Khasimah & Haji Abdul Gani
Ni mak dan abah aku. Mak yang penyayang dan abah yang cukup memahami... Tanpa dorang siapa la aku ni kan. Kadang2 kedegilan aku ni banyak buat dorang susah hati.. tapi aku nak dorang tahu bahawa kedegilan aku bersebab... Apa pun aku buat, aku tak pernah lupakan dorang.. Aku tak kan buat dorang kecewa lagi.. Tapi aku dapat rasa bila dah meningkat dewasa ni, hati aku mudah sensitif bila teringatkan dorang. Hati ni rasa nak balik je jumpa dorang tapi keadaan tak mengizinkan. Bila teringat je mesti mata aku ni dah berkaca-kaca... Kalau boleh aku tak nak kehilangan dorang walupun suatu hari nanti aku tahu dorang akan tinggalkan aku. Aku belum sedia lagi untuk semua tu. Setiap kali solat, aku selalu doakan semoga tuhan panjangkan umur dorang. Sekali lagi ku mohon Ya Allah, Kau Panjangkanlah Umur Mak Dan Abah.. amin......
Sayang Abah |
My Hero |
Abdul Gani Abdullah, lahir pada 12 ogos 1944. seorang lelaki yang cukup peramah, berfikiran terbuka dan seorang yang hebat. Bekerja keras untuk aku dan adik beradik yang lain... Kasih sayang yang abah bagi akan aku ingat sampai bila2 dan akan sentiasa pegang semua nasihat abah.. Dulu masa kecik2 aku pernah kena rotan ngan abah sebab aku melawan cakap mak dan ponteng sekolah... Masa kena pukul tu berbulan2 aku tak bercakap ngan abah. Merajuk!!!! Lama kelamaan bila aku fikir balik, kenapa abah pukul aku? Baru la aku tahu, abah buat semua tu sebab nak aku jadi manusia yang berguna... Thanks abah
Sayang Mak |
My Sayang |
Khasimah Haji Idris, lahir 30 mei 1957. Seorang yang berhati halus dan mudah menangis. Pandai memasak dan seorang yang penyayang. Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu. Aku selalu je demam. Bila malam je badan aku mesti panas, mak akan bangun dari tido dan letakkan air kangkung kat atas kepala dan seluruh badan aku.. Malam tu mak tak dapat tido lena sebab jaga aku. Baru aku tahu, itu la kasih dan pengorbanan seorang ibu.
Ramai yang cakap muka aku ngan mak seiras...mesti masa zaman mak muda lawa cam aku kan?? heheheh mesti la, kalau tak abah tak kan nak ngorat mak plak.. kalau nak tengok muka aku nanti tua, tengok la muka mak aku sekarang. apa2 pun mak maintain lawa tau. Memang best mewarisi muka mak aku tapi yang tak bestnya bila kitorang ni selalu gaduh bila jumpa.. ada je benda yang buat kitorang gaduh (gaduh2 manja je). Tapi kalau berjauhan, rindu nak gila.. bila rindu, telefon la yang aku cari.. kadang2 sembang sampai berjam2. Sampai habis kredit.. tapi tak pe la, duit boleh cari tapi mak dan abah hanya satu2 nya dalam dunia ni...tak der penganti.
PART 1 (diriku)
assalamualaikum
Dalam blog ni banyak story yang aku nak share ngan u all semua.. semuanya mengenai diri aku, keluarga, kawan-kawan dan impian aku. Semuanya ada kaitan dengan nadra. Sebenarnya aku bukan la penulis yang hebat tapi aku akan cuba yang terbaik. Dengan adanya blog ni, u all semua dapat mengenali aku dengan lebih dekat lagi..
Nama penuh aku ialah NADRATUL NADIAH BINTI ABDUL GHANI. Aku dilahirkan di HOSPITAL BESAR MACHANG, KELANTAN pada 05 DISEMBER 1986 (JUMAAT). Aku anak ke 6 dari 7 adik beradik. Hobi aku suka menyanyi (walaupun suara tak der la best sgt). Aku rasa bila menyanyi ni aku dapat lepaskan semuanya bebanan yang ada dalam otak ni, dapat luahan perasaan melalui lagu. Pendek kata aku dan lagu memang tak leh dipisahkan... :)
u all nak tahu tak apa cita-cita aku masa kecik2 dulu?? jeng..jeng..jeng.. Masa aku sekolah rendah, ada seorang cikgu ni tanya semua murid-murid dalam kelas, apa cita2 kamu semua?... Setiap pelajar kena bangun dan bagitau cita-cita dorang, ada yang cakap nak jadi polis la, ada yang cakap nak jadi cikgu dan macam-macam lagi... Sampai la giliran aku, dengan senyum ala2 kambing sikit, aku bagitau aku ada 2 cita-cita. Cita-cita pertama nak jadi pramugari yang cantik dan penyanyi yang popular.hehehehe semua orang dalam kelas tu senyap. aku pun senyap je la.. Cikgu tanya, kenapa awak pilih cita-cita tu? dengan selambanya aku jawab ''saya nak jadi pramugari sebab saya dapat terbang di awan biru dan nak jadi penyanyi sebab saya dapat hiburkan semua orang''. Cikgu cakap bagus..heheheh tak sangka dapat pujian,. tapi bila dah besar ni, aku tahu cita-cita tu tak kan jadi kenyataan. Kalau nak jadi pramugari, dari segi ketinggian memang aku layak.. cuma 1 benda ni yang buat aku tak layak. Mata aku rabun. So,harapan nak jadi pramugari memang tipis.. :(
Penyanyi???hm...rasanya better jadi orang biasa je la... Aku lebih selesa dengan kehidupan sekarang..
Part 2 (adik beradik)
BAHAGIA MENJADI SEBAHAGIAN DARI KAMU SEMUA
Aku nak kenalkan semua adik beradik aku dan karekter dorang masing2..
ni gambar raya yang terbaru... sepatutnya ada 7 orang dalam gambar ni tapi Angah belum sampai lagi time ni..so, terpaksa la bergambar tanpa Angah...
Zanita Abdul Gani (along)
Seorang berhati lembut, peramah, penyayang, tegas, dan kuat semangat
Rozita Abdul Gani (angah)
Seorang Bussiness women, peramah, pandai memasak (aku suka makan masakkan angah), mempunyai 3 orang cahaya mata. 2 puteri dan seorang putera.
Masniza Abdul Gani (alang)
seorang yang suka dan bijak bergaya, peramah dan bijak menguruskan masa sebagai seorang pekerja, pelajar dan isteri. mempunyai 2 orang cahayamata. Seorang puteri dan seorang putera.
Zainimah Abdul Gani (kakak)
Kakak yang paling tegas, penyayang, kuat semangat, seorang ibu kepada 2 orang cahayamata (dalam perut ada lagi sorang) seorang puteri yang bijak dan sorang putera yang nakal.
Eryannie Abdul Gani (kak yan)
seorang yang tegas tapi baik hati.. memahami dan penyayang. mempunya puteri tunggal yang comel (dalam perut ada lagi)
Nadratul Nadiah Abdul Gani ( Aku la ni)
kaki shopping (time ada duit la), kuat makan dan suka mencuba makanan yang baru. belum berkahwin dan sekarang ni tengah cari calon. Ahaks.....
Lutfi Akramin Abdul Gani ( adik )
satu-satunya lelaki dalam adik beradik. seorang yang cukup memahami, romantik, penyayang dan paling penting hensem...ehem-ehem
Subscribe to:
Posts (Atom)