Thursday, February 16, 2012

Kini aku kembali...

Dah lama rasanya tak update blog ni... Kalau tak silap aku, kali terakhir aku update pada bulan Febuary 2011.Sekarang dah February 2012. Dah setahun dah aku tinggalkan blog ni.. Antara sebab aku tinggalkan blog ni adalah kerana aku dah dinaikkan pangkat menjadi PA kepada Ceo...Hari-hari sibuk dan tak der masa langsung nak kongsikan ngan korang. Minta maaf sangat-sangat. Lepas ni aku cuba menjadi penulis setia pada blog ni. 

Monday, February 28, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Setiap kali cuti hujung minggu,aku jarang sekali gi mana2. Aku lebih suka habiskan masa cuti kat rumah je. Dapat tengok rancangan melodi ngan kawan2, dapat masak dan kemas umah sama2. Semalam kawan baik aku, yon dan adha datang rumah. Lepak sama-sama sambil tengok tv lepas tu kitorang masak sama-sama. Masa tengah seronok masak,tiba2 gas abis..haiyakkk potong stim betul la.. time semangat nak membara ni la gas leh abis..huh!! Nasib naik la ada askar2 dalam rumah ni bertindak dengan cepat. Dorang pergi kedai order kt kedai cina sebab kitorang tak der no fon kedai cina tu.. Kalau tak leh la apek tu hantarkan. Lepas keadaan dah kembali normal, apa lagi aku, adha & yon sambung balik la masak.. Boleh tahan gak la lapar time tu. Bayangkan la pukul 4:00 petang sebijik nasi pun tak masuk lagi dalam perut ni.. Mengelupur aku lapar. Makin menjadi2 plak perut aku ni bila tengok ada sambal mangga, Ikan masin & makanan kegemaran aku 'udang sambal petai'. Aku dah rasa nak pengsan dah menahan lapar ni. hehehehe
Akhirnye masa yang ditunggu-tunggu dah tiba.. Time nak hidang pulak..Aku tak abis2 jeling sambal belacan yang adha buat. <sambil telan air liur>.
Bila semua dah dihidang, masih tak leh makan lagi <masam> sebab kena tunggu Senior Chef mandi sebab kepanasan duk dapur seharian. Tapi aku tunggu dengan penuh kesabaran walaupun dah beratus kali dah aku telan air liur ni.. Jeng..jeng..jeng... 
Lepas Yon bacakan doa, aku tanpa control cun, terus je amik lauk sebanyak yang boleh..Hehehehe yum yum.... Lepas sorang-sorang tinggalkan tempat makan, cuma aku je masih duduk depan lauk2 tu.. Sampaikan Angah pandang aku semacam je.. Cepat-cepat aku buat muka kesian sambil cakap ''ami laparrrrr''.... hehehehehe terus dia senyum kat aku. Aku tahu dia kenal sangat perangai aku yang kuat makan ni. Lepas abis makan aku, angah, boy, dilla, yon dan adha lepak la depan tv tengok rancang TV3 'Jurnal Mentor 5'. 

Time tu aku baru teringat nak beli Saidinna. Boring-boring boleh la main. Tak der la rasa boring sangat. Apa lagi, aku pujuk la angah belikan Saidinna, angah geleng je kepala...
aku terus buat muka yang memilukan. Nasib baik la ada teman cium molot dia,boy yang pujukkan..akhirnye aku dapat...hehehe thanks boy.. i know u can do it....yahooo!!!
aku dengan penuh semangat, mandi dan turun ngan angah pergi beli Saidinna. Time tu aku beli kat 'MyMaidin'. Harga Saidinna tu leh tahan mahal gak. Dalam RM 40.00... Mahal pun mahal la janji aku dapat apa yang aku nak Lagipun aku beli tu sebab tak nak kawan-kawan aku boring. So, ada la sikit aktiviti kitorang nak buat. Dari kecil lagi aku suka main Saidinna. Sebab main Saidinna ni perlukan banyak strategi. At least, hujung minggu aku pun terisi dengar permainan-permainan yang mencabar. Otak aku pun ligat je bergerak.  :) tapi yang teruknye, games tu betul-betul buat aku STRESSSSS..hahahaha asyik berhutang je aku ni. Paling banyak aku hutang sampai 30,000.... aggghhhh... setiap kali ada orang lalu kat tapak aku, aku kena tolak hutang.... sampai bila la aku nak kaya ni. Dapat duit je kena bayar hutang. Nasib baik la tu hanya games. Kalau betul-betul memang jadi giler la hutang banyak-banyak. Tak mo aku. Tapi kalau main games tu aku paling takut nak hutang dengan bank. Takut nama black list..hahahhahaha macam main betul-betul pulak. Angah pulak pegang jawatan sebagai 'pengurus bank'..heheheh lucu betul dia tu. Nakbuat loan ngan bank pun tak kasi.. Kedekut betul.. Dengan muka-muka sekali dia buat. heheheheh.. Semalam pukul 4am baru tido.ish ish...Aku nak ucapkan tahniah la kat Adha & yon, kerana kekalkan kejuaraan dorang sebanyak 2 kali berturut2. <sambil tepuk tangan>

Kepada sahabat-sahabat ku, terima kasih banyak-banyak kerana sudi habiskan masa bersama. Jangan lupa aktiviti kita seterusnya hujung minggu ni ok. 
Kalau nak tahu apa aktiviti kitorang hujung minggu ni..kena la TUNGGU!!!!. Yang pastinya lebih menarik dari aktiviti semalam. ;)

LOVE U ALL!!!!!

Saturday, January 1, 2011

Party Birthday




Aku minta maaf sangat2 sebab lambat masukkan gambar2 masa Party Birthday aku pada 5 Disember 2010 yang lepas. Terlalu banyak keje yang aku kena siapkan sampai nak update blog sendiri pun tak sempat. Tapi hari ni aku akan luangkan sedikit masa tuk masukkan gambar2 sekitar party tersebut. Walaupun simple, tapi aku happy sangat sebab dapat raikan bersama kawan2 tersayang. Kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih terhingga kepada Inn, Yun, Arn, Ramzulizuliana, Acu, Kak mi & Hafiz kerana sudi datang memeriahkan party ni. Terima kasih banyak2. Dan paling teristimewa pada seseorang yang paling teruja untuk menyempurnakan  party tu. Siapa lagi kalau bukan elly.. Dia bangun pagi2 dan siapkan persiapan tuk party birthday aku. Hampir 90% persiapan party tu disempurnakan oleh dia.Thanks my dear...


Teman-Teman Yang Hadir

Bersama Elly Senior & Elly Junior. hehehe

U ARE THE BEST


Setiap manusia dalam dunia  ni perlukan teman. Sama jugak macam aku. Aku ada ramai kawan dan semuanye baik2. Tuk pengetahuan u all,Aku ada seorang kawan yang paling rapat dengan aku. Cukup la aku bagitau nama dia Elly. Dia la kawan yang paling memahami.Apa saja yang aku lakukan, dia banyak bagi pendapat sama ada benda tu baik tuk aku or tak. Aku selesa berkawan dengan dia. Setiap kali hati aku merajuk, dia la yang sentiasa memujuk. Bila aku sedih, dia la yang buat aku kembali tersenyum dan setiap kali aku ketawa, dia turut gembira. Sebagai seorang yang paling rapat dengan aku,dia lebih banyak memendam rasa dengan keadaan sekeliling. Sejak aku mengenali dia, aku melalui banyak pengalaman. Aku jumpa ramai manusia yang 'terlalu cerdik' dalam menilai seseorang. Bila aku berkawan dengan dia, Ramai yang berfikir, aku ni 'buta' dalam memilih kawan. Please la!! sebelum u all menilai seseorang, nilai la diri tu dulu. Aku tak nak menunding jari pada siapa2. Cukup la aku cakap,aku ada hak berkawan dengan siapa saja aku nak. Kalau aku rapat dengan lelaki, ramai yang cakap aku ni gila jantan la. Tapi bila aku berkawan dengan perempuan, mulut dorang tetap tak leh nak tutup. Sentiasa nampak kesalahan orang. Aku terlalu banyak makan hati dengan mulut orang. Cuma 1 je aku nak dorang tahu, boleh je kalau dorang nak jaga tepi kain aku,cuma jangan terkejut la kalau 1 hari nanti kena dengan batang hidung sendiri. Yang ada pasangan, jaga la pasangan korang. Yang ada anak, jaga la anak2 korang jangan terlepas pandang plak nanti kang terkena diri sendiri, jangan salahkan orang plak. Ok la. Aku malas nak cerita pasal dorang yang terlalu 'cerdik' ni. Kang kalau cakap lebih2 kang,ada plak yang rasa tak puas hati. pendek kata 'siapa makan cili, dia la terasa pedasnye' kalau dah rasa pedas tu cepat2 la minum air ye.
Aku nak sambung balik citer pasal kawan baik aku sorang ni. Dia ni terlalu minat pada motor tau. Dia sanggup habiskan $$$$ semata2 tuk motor kesayangan dia tu. Aku yang kurang minat ngan motor pun boleh terjebak jugak.hehehe. Seronok gak sekali sekala merempit. Redah hujan sama2..hahahah ala2 'memori daun pisang' gitu.. Apapun aku nak ucapkan terima kasih pada dia kerana sudi jadi kawan yang paling baik. Dan dengan hati yang penuh ikhlas, aku nak dia tahu yang aku happy sangat menjadi sebagian dari hidup dia.

Friday, December 31, 2010

WELCOME 2011



Welcome 2011.Cepat betul masa berlalu. Dan terasa diri ni makin cepat meningkat dewasa. Kalau nak imbas kembali tahun 2010,banyak sangat kegembiraan n kesedihan yang aku lalui...Dan aku teramat bersyukur kerana aku dapat laluinye dengan penuh matang. Azam??Bila tahun baru menjelma,ramai yang bertanya,apa azam tahun baru?azam tahun lepas dah tercapai ke?hehehe. u all nak tahu ke apa azam tahun baru aku?hm,tak payah tahu la..malu!!!! tapi apa2 pun aku tak nak ada rahsia antara kita (chewah) so,aku akan kongsikan. Pertama, aku nak dapat pekerjaan yang lebih bagus dari tahun 2010. Kedua,nak kumpul harta banyak2...kalau boleh sebanyak yang mungkin. Ketiga,nak pastikan hubungan aku dengan dia bertambah baik dan dapat membahagiakan dia sebaik yang boleh.. Itu saje..aku harap azam aku tahun ni berjalan dengan lancar. Dan untuk pengatahuan u all,azam tahun 2010 dah pun tercapai. Alhamdulillah....

Tuesday, November 30, 2010

Iskandar Haris Bin Zulkifli Idham



1 December 2010. Tepat jam 9:33am, aku terima sms dari abg ipar aku (Zulkifli Idham) mengatakan bahawa kakak aku (Zainimah Abdul gani) baru saje selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada puku 9:20am.. Aku terlalu teruja. esok aku akan masukkan gambar terbaru anak buah aku.




Dengan kehadiran Haris,  aku dah ada 9 orang anak sedara. Yahoo!!!Umur aku pun dah makin meningkat. Tapi tak pe, seronok ada anak buah ramai2 ni. Boleh la mak teh menumpang kasih ye anak2 ku..
Haris with Mak Long Nita


Sunday, November 7, 2010

Amir Asyraf Bin Nor Asri



Ni anak kedua kak ngah aku. Amir ni lelaki tunggul. Dulu masa kecik2 nakal tahap dewa.. abis semua benda dia pecah dan rosakkan. Bila jumpa dia je mesti kena cubit ngan aku.. GERAM!!!! aku tak tahu la kenapa ada anak buah yang nakal gini.. Dulu aku pernah kurung dia dalam bilik aku.. Geram sgt time tu sebab dia nak sepak aku  Seingat aku, aku marah dia sebab dia main lompat2 ats kerosi...Kalau lompat secara senyap tak pe..ni tak, lompat sambil menjerit-jerit.. Memang panas je hati aku..


Bila dia dah besar ni aku tengok makin hensem pulak anak buah aku ni. Dulu langsung tak hensem.. Muka macam anak cina.. Bila dah besar ni dah pandai bergaya..heheheheh.. Tapi yang tak tahannya,bila besar ni makin pemalu plak aku tengok..Adushhhhh!!! lagi dia malu lagi la aku kacau.Hehe bila kena kacau je tersimpul2 senyum.aduyai anak buah aku sorang ni.Pemalu sgt la..Lemah je semangat aku tengok dia..Berbeza dari yang dulu.Hm,tak pe la..pemalu pun sebenarnya bagus jugak.Aku kalau pilih lelaki pun nak yang pemalu..tapi jangan over malu dah la..Yang terbaru aku tahu pasal dia,dia dah ada awek. Nama awek dia aku dah lupa..Aku tahu ni pun dari Facebook dia...hehehe apa pun makteh doakan semoga amir menjadi manusia yang berguna.Love u....



Usha awek ke??
Peh..patut la dah ada awek
Bergaya